Tuesday, 8 April 2014

LABEL PRODUK DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGGUNA


LABEL PRODUK DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGGUNA


    Tahukah anda bahawa label produk memberikan banyak kepentingan kepada pengguna? Menurut kamus dewan, label ialah kepingan kecil kertas, atau kad danlain-lain yang dilekatkan atau ditampalkan pada sesuatu seperti botol, beg dansebagainya untuk memberi sedikit keterangan mengenai produk. Melabel pulabermaksud memberi label pada sesuatu barangan manakala pelabelan berertiperbuatan membubuh label pada sesuatu. Label yang ada pada sesuatu baranganakan memudahkan pengguna untuk memilih dan membeli barangan yang diingini.Hal ini demikian kerana ketiadaan label akan mendatangkan seribu satu masalahkepada pengguna.Antara label yang terdapat pada sesuatu barangan termasuklah namaproduk. Nama ialah salah satu aspek penting yang perlu ada pada sesuatu produkkerana tanpa nama, pengguna tidak dapat mengetahui barangan yang terdapat dipasaran . dengan adanya nama yang ditampal pada sesuatu produk, penggunatidak akan terkial-kial mencari barangan yang diingini kerana kebanyakan baranganyang dijual akan dibungkus terlebih dahulu tanpa menampakkan isinya.Seterusnya ialah peletakan tanda harga pada barangan. Tanda harga yangdiletakkan haruslah jelas dan betul. Hal ini penting agar pengguna tidak berasatertipu apabila mereka membeli sesuatu barangan. Kegunaan tanda harga ialahpengguna dapat membandingkan harga barang di sesebuah kedai dengan kedaiyang lain sekaligus dapat menjimatkan wang mereka daripada terbuang begitusahaja.

No comments:

Post a Comment