Cadangan undang-undang baru mengenai pelabelan dan tuntutan
pemakanan: apa yang patut anda ketahui !
Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) mengalu-alukan usaha
Kementerian untuk memperkenalkan pelabelan pemakanan mandatori untuk pelbagai
jenis makanan. Pada masa yang sama ia juga dapat menjelaskan syarat-syarat
untuk membuat tuntutan pemakanan. Kami akan bekerjasama rapat dengan pihak
Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk memberi penerangan kepada badan-badan
yang berminat mengenai undang-undang baru tersebut dan juga dalam pelaksanaan
undang-undang berkenaan secara lancar. Satu siri aktiviti telah dirancang,
termasuk kempen kesedaran di kalangan komuniti bagi memastikan faedah yang
besar dapat diperolehi melalui pelabelan makanan.
Harap ambil perhatian bahawa berikut merupakan interpretasi
saya sendiri mengenai cadangan undang-undang baru yang telah diedarkan untuk
ulasan umum. Ianya tidak semestinya versi yang muktamad undang-undang yang akan
diwartakan.
Dr Tee E Siong
Presiden, Persatuan Pemakanan Malaysia
dan Pengerusi, Kumpulan Kerja Pemakanan, Tuntutan Kesihatan
dan Pengiklanan
No comments:
Post a Comment