Tuesday, 8 April 2014

Label

Apa yang dimaksud dengan Label ? Label adalah setiap keterangan mengenai barang yang  berupa gambar, tulisan atau kombinasi kedua-duanya atau bentuk lain yang memuatkan informasi tentang barang dan keterangan pelaku usaha serta informasi lainnya sesuai dengan peraturan perundang-undangan yang berlaku yang disertakan pada produk, dimasukkan kedalam, ditempelkan pada, atau merupakan bagian kemasan .

Kegunaan Label adalah memberikan informasi yang benar, jelas dan lengkap mengenai kuantiti, isi, kualiti dan perkara yang diperlukan mengenai barang yang diperdagangkan .

Pelaku Usaha yang memproduksi atau memperdagangkan dan atau memasukkan barang di atau ke pasar dalam negeri wajib mencantumkan label dalam dan atau luar kemasan. Pencantuman label di kemasan dilakukan sedemikian rupa sehingga tidak mudah lepas atau luntur, letaknya mudah untuk dilihat dan dibaca .

Isi Label :
 Nama barang.
 Ukuran.
 Berat, isi bersih, netto.
 Komposisi.
 Aturan pakai.
 Tanggal kadaluarsa.
 Akibat sampingan.

 Nama dan alamat pelaku usaha serta keterangan untuk penggunaan yang menurut ketentuan harus dipasang/dibuat.

Apa yang harus tercantum pada Label Makanan ?

 Nama makanan/nama produk.
 Komposisi/daftar bahan.
 Berat, isi bersih, netto.
 Nama dan Alamat Pengeluar.
 Nombor Pendaftaran.
 Kod Produksi.
 Tarikh Pengeluaran.
 Petunjuk atau Cara Penyimpanan.
 Petunjuk atau Cara Pengunaan.

Cadangan undang-undang baru mengenai pelabelan dan tuntutan pemakanan

Cadangan undang-undang baru mengenai pelabelan dan tuntutan pemakanan: apa yang patut anda ketahui !

Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) mengalu-alukan usaha Kementerian untuk memperkenalkan pelabelan pemakanan mandatori untuk pelbagai jenis makanan. Pada masa yang sama ia juga dapat menjelaskan syarat-syarat untuk membuat tuntutan pemakanan. Kami akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk memberi penerangan kepada badan-badan yang berminat mengenai undang-undang baru tersebut dan juga dalam pelaksanaan undang-undang berkenaan secara lancar. Satu siri aktiviti telah dirancang, termasuk kempen kesedaran di kalangan komuniti bagi memastikan faedah yang besar dapat diperolehi melalui pelabelan makanan.

Harap ambil perhatian bahawa berikut merupakan interpretasi saya sendiri mengenai cadangan undang-undang baru yang telah diedarkan untuk ulasan umum. Ianya tidak semestinya versi yang muktamad undang-undang yang akan diwartakan.

Dr Tee E Siong
Presiden, Persatuan Pemakanan Malaysia

dan Pengerusi, Kumpulan Kerja Pemakanan, Tuntutan Kesihatan dan Pengiklanan

Perlabelan Makanan


Label nutrisi adalah senarai paras nutrien yang dipaparkan pada label sesuatu makanan. Ia bertujuan untuk menyatakan fakta kandungan nutrien sesuatu produk.
Pelabelan dan tuntutan makanan penting bagi melindungi pihak awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan kegunaan sesuatu makanan. Ia juga memberi faedah kepada industri makanan tempatan dalam memperkembangkan profil produk mereka kepada pengguna, bagi tujuan strategi pemasaran dan meningkatkan peluang memperdagangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
 

Kepentingan Pelabelan Produk Kepada Pengguna



LABEL PRODUK DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGGUNA


LABEL PRODUK DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGGUNA


    Tahukah anda bahawa label produk memberikan banyak kepentingan kepada pengguna? Menurut kamus dewan, label ialah kepingan kecil kertas, atau kad danlain-lain yang dilekatkan atau ditampalkan pada sesuatu seperti botol, beg dansebagainya untuk memberi sedikit keterangan mengenai produk. Melabel pulabermaksud memberi label pada sesuatu barangan manakala pelabelan berertiperbuatan membubuh label pada sesuatu. Label yang ada pada sesuatu baranganakan memudahkan pengguna untuk memilih dan membeli barangan yang diingini.Hal ini demikian kerana ketiadaan label akan mendatangkan seribu satu masalahkepada pengguna.Antara label yang terdapat pada sesuatu barangan termasuklah namaproduk. Nama ialah salah satu aspek penting yang perlu ada pada sesuatu produkkerana tanpa nama, pengguna tidak dapat mengetahui barangan yang terdapat dipasaran . dengan adanya nama yang ditampal pada sesuatu produk, penggunatidak akan terkial-kial mencari barangan yang diingini kerana kebanyakan baranganyang dijual akan dibungkus terlebih dahulu tanpa menampakkan isinya.Seterusnya ialah peletakan tanda harga pada barangan. Tanda harga yangdiletakkan haruslah jelas dan betul. Hal ini penting agar pengguna tidak berasatertipu apabila mereka membeli sesuatu barangan. Kegunaan tanda harga ialahpengguna dapat membandingkan harga barang di sesebuah kedai dengan kedaiyang lain sekaligus dapat menjimatkan wang mereka daripada terbuang begitusahaja.